Showing posts with label tarbiah. Show all posts
Showing posts with label tarbiah. Show all posts

good morning:)

salam wbt...
hum....alhamdulillah,,,masih dpt bgn pagi nie...untuk meneruskan sisa2 kehidupan yang tinggal mungkin hanya secebis..
astagfirullah al azim, moga ALLAH mengampuni dosa2 aku yang semalam,,,hari ini ,,dan hari2 yang mendatang..
inshaALLAH.. moga hari ini lebih baik dari semalam...
dan moga hari ini lebih cerah dari semalam ( walaupun cuaca agak mendung kerna matahari dah mula malu-malu untuk menyinar)
tp cukuplah sekadar lebih cerah di mata hati ku..:)
JOM MUJAHADAH hari nie


be positive,
optimis dgn hidup,
selamat berjuang ..
mencari redha ALLAH.

wallahualam <3

ape yang membuatkan aku jatuh cinta...;)

salam wbt...
ape khabar hamba ALLAh sekalian..moga sihat luar dan dalam..
iALLAH ,,moga hari2 diberkati ALLAH swt.

mmg tajuk ni LAME.BORING.NOT INTRESTING.
tp..aku ttp nk citer;)

jatuh CINTA.

pasti anda pernah merasainya..kalau tak pernah atleast jatuh tangga sure pernah kan?(hehe)
tp aku sure dalam dunia nie..selagi manusia itu punya hati..iALLAH dia pernah jatuh cinta..manakan tidak kalau dunia nie..hari2 korang dengar sal cinta..bukak TV crita korea bercinta,tukar channel citer melayu bercinta,,,bukak radio..lagu CINTA..ah DUNIA ini penuh CHENTA(>_<)

hum..x salah bercinta cumanya bercintalah dengan kadar yang betul ,masa yang tepat dan kepada yang HAK.

aku pernah jatuh cinta dan aku harap cinta itu berkekalan..
mmg aku akui..kadang2 ade masa DOWN nyer..ade masa STATIC jer,tp iALLAH..selagi kita cuba bersungguh ..mungkin lebih byk KENANGAN indah dalam cinta kita..

ok , im wanna be hard CORE lover to HIM,

ape yang membuatkan aku jatuh cinta??
simple...

LOVE LETTER.
aku tahu semua orang ade menda ni...tp antara sedar ataupun tidak.
dulu tak pandai hargai ,
dulu aku pandang enteng,
dulu aku x sedarpun ia wujud..
dulu,
kali pertama aku melihat seorang sahabat aku menangis kerana membacanya,
terdetik jauh sudut hatiku,
surat itu  punya sesuatu ,
ia istimewa,

ah..aku mmg mudah terharu dgn tangisan,
mudah tersentuh dgn air mata,
tp ,
saat itu aku CUKUP pelik,
mengapa si dia menangis..
hanya kerna SATU AYAT.
ah ,
aku bingung,
saat itu,
aku mula meneliti setiap huruf,
setiap baris , setiap muka..helaian demi helaian aku selak,,

mmg ia istimewa,
kadang2 marah.
kadang2 pujuk
kadang2 cinta,
kadang2 nasihat,
kadang2 suruh!
ya...
itu surat cinta aku,,,dan juga mungkin kamu..
aku menyesal...saat aku mengenalinya,,aku sudah dewasa,
dan saat ini aku lebih menyesal...kerna aku tidak jatuh cukup dalam..
cinta aku cetek ,,hinggakan aku takut jika kehilangan..

sungguh ia penyampai rasa cinta, Tuhan buat yang mencari...
tatkala kau inginkan TUHAN bicara,..
tatkala kau rindu madah kasih.
bacalah surat cinta itu...
aku pernah dan iALLAH terus akan mencintai..
mungkin kau juga pernah jatuh cinta padanya.
pada satu anugerah ALLAH..
alQuran penuh cahya..

"alif lam min, kitab ( alquran) ini tidak ada keraguaan padanya, petunjuk bg mereka yang bertakwa, yaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib ,menginfakkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka,dan mereka yang beriman kepada Alquran yang diturunkan kepadamu (Muhammad) dan kitab2 yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin adanya akhirat,Merekalah yang mendapat petunjuk dr Tuhannya dan mereka itulah orang2 yang beruntung" ( ayat cinta dr surah al baqarah : 1-5)


p/s: aku suka ayat nie..( dan dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu ,agar kamu menjadikan petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut.....)
cuba teka ayat ape??(hehe)

k,moga redha ALLAh kita capai..




key board off :)




saad bin muaz



saad bin muaz menuju syurga

cerita nie aku copy kat satu blog nie~blog yang aku link tu le~heheh
(encik mintak halal ekh)

kenapa tibe2 blog aku tiba2 berilmiah nie...(rase2nya cam tak pernah ade kisah sahabat kat sini...sbbnya,aku nie malas membaca~tp rajin menulis ooo..:))
yang paling penting bukan sbb ayah aku nama saad ekh~
nway..aku copy crita nie sbb aku sgt tersentuh dgn lakonan kawan2 aku yang COOL gile( kawan ke ekh) boleh la ekh,,,saudara seislam...salute la korang,,mmg besh sgt!!!
tersentuh,,,tersentap jiwa aku..walaupun lawak dan tergelak-gelak,,tp ending die mmg shadid,,,
alhamdulillah aku berpeluang tahu crita nie...so aku nk kong-c la ngan korang( kalau ade yang bace la) hehe...;)
takde pun takpe,,sbb nye,,ape yang aku tulis sbb aku suka~(kira sampai la matlamat aku..for my own,,)
tp kan,,,kalu korang baca pun bagus gak~
kalau malas nk baca.,,,nnt leh post lakonan diorng kat youtube...sure jadi video of the week~
heheh

manyak betul 'Kalau" aku...ish sesungguhnya kalau tue buka pintu syaitan ( so jgn baca kalau tue..huhu)


Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman.

Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin mendirikan rumahtangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah. Kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita-wanita Madinah. Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali”. Lalu Rasulullah bekata, “jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin”. Lalu Rasulullah memanggilkan sahabat-sahabat yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat-sahabat tersebut membawa Saad untuk meminang atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik

Maka Saad pun dibawa oleh sahabat-sahabat ke rumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, Saad dan sahabat-sahabat dilayan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat-sahabat yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminang anaknya yang cantik tersebut. Bapa wanita itu kemudiannya gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebenar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik.
Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang dijamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita itu pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah.

Rasulullah lalu bertanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Kemudian Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.

Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinannya, Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah. “Wahai pemuda-pemuda Islam bersiap sedia segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita”. Lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang dan siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang. Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat-sahabat lain dengan siap berpakaian perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat-sahabat lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut.

Selepas perang jihad tersebut, sahabat-sahabat terkejut kerana tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad. Mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya. Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata, “di saat kematian Saad, bergegar arash Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi”. Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam. Tetapi apakah kita yang ketika dilahirkan telah pun Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita?

nak pergi mana tu?


by: ar-rumaisa

Muhasabah diri. Itu kuncinya. Kita banyak kurang. Banyak cacat-cela. Banyak yang tidak betulnya. Melangkah juga sangat perlahan. Sudahlah lambat, banyak pula tersadungnya. Bahkan tidak kurang tersalah jalan. Bila menilai banyak yang silap. Bila memimpin, banyak tidak menjadi.

.

Mungkin bagi yang memerhati, silakanlah bertanya ‘nak pegi mana tu?’. Tolonglah selalu periksa dan tegur – jalan saya, langkah saya. Mana yang sesat, mana yang sumbang. Supaya belum jauh sangat menyimpangnya untuk berpatah balik. Ad-deenun nasihah kan..

.

Kita mesti selalu cermin diri. Cuma kadang-kadang, memang tahu dah nampak tak comel, tapi tak ada kekuatan nak cantikkan, atau tak tahu macam mana nak betulkan. Sebab itu kita perlu kepada orang lain, saudara-saudara yang solehah, kawan-kawan yang baik, hatta musuh sekali pun… SESIAPA saja yang melihat kelemahan diri ini dan sudi membetulkan.

Pahit atau manis, kepada mereka, kita tetap berhutang budi. Terima kasih saja tidak cukup.

.

Kerana inilah tarbiyyah.
Orang yang mahukan tarbiyyah ialah orang yang telah bersedia untuk dinasihati, ditegur, dikritik, dibimbing, dibetulkan. Kita rela untuk dinilai untuk dibina. Kita membuang prasangka dan melempar ego. Kita melihat kebenaran yang diperkatakan, tanpa menghukum siapa yang berkata. Kerana kita penjunjung kebenaran. Kita penjulang al-haq. Kita anggap semuanya adalah dari Allah. Kerana kita buat semuanya demi Allah.. kan?

Adakah kita sudah bersedia untuk ditarbiyyah?

Astaghfirullah.. Astaghfirullah.. Astaghfirullahal adzim.

.by: arrunaisa

R & R

dengan nama ALLAh yg memberkati waktu2 ku...
alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah...

R&R...rest & relax...yeke??kalau salah tolong betulkan ye..apa2pun..untuk menikmati rest & relax ini,macam satu nikmat yg sgt SGT besar..terutamanya,bg kita yg bergelar seorang pelajar.Iyelakan,dah seminggu bertungkus-lumus untuk belajar,dengan examnya lagi,pasti penat,pasti rasa tenaga dah tak ada...pasti rasa aku perlukan rehat,,,REHAt...REHAt...pasti terbayang2 di minda kita,apabila hujung minggu menjengah...WAaaa...seronoknya,time to shopping,..tgk movie..masak2..apa lae...yg best2?senaraikan2...(tp kalau next week tak ada exam la kan...heehe...,kalau minggu exam,terpaksalah bermastautin dgn BUKU..=p)
TAPI...TAPI...bg sesetengah orang,mungkin weekend,holiday,masa lapang...tak memberi maksud berehat..tp bekerja..KERJA...KERJA..!kenapa ye??inilah masa yg kita ada,untuk memikul tanggungjawab lain..yg mungkin paling penting dalam kehidupan...iaitu mencari sesuatu yg tak ada di kelas2,di universiti2..tapi mungkin kita akan jumpa kalau kita lalui sendiri,kita berada disitu..kita cr sesuatu yg perlu cari..yg sgt SGT penTINg..tp kita x SEDAR...kerana kita masih lena dan bermimpi dgn DUNIA yg bersifst sementara..kita lupa untuk memikul tanggungjawab kita sebagai seorang yg bergelar islam...kita menolak satu jawatan yg ALLAH beri..Bak kata seseorang ..A JOB FOR BILLION PEOPLE...apa tue??
SESUNGGUHNYA KAMI MENGUTUSKA BAGI SETIAP UMAT SEORANG RASUL YG MENYERU,"SEMBAHLAH ALLAH DAN JAUHILAH TAGHUT''(an Nahl:36)
......SESUNGGUHNYA AKU HENDAK MENJADIKAN SEORNG KHALIFAH DI MUKA BUMI......(2;30)
TAHU TUGAS KITA???ape ye....=)
tugas untuk kita menyampaikan...tugas untuk kita memberitahu orng lain apa yg kita tahu..tugas untuk mencari apa yg BELUM kita tahu..masa2 inilah kita perlu gunakan sepenuhnya..untuk speed up..untuk isi penuh2..bukan bermaksud masa lain x perlu,bila kita buzy kita x payah buat semua ni..bukan,BUkan..kita kena selalu menjalankan kerja yg ALLAH upah kita...tapi bila weekend dtg...inilah masanya untuk kita gandakan usaha...kita kerja kuat...walaupun kita x mahu,sekali kita melangkah ke dunia ini dan sanggup menerima tugas ini,ALLAh telah menyediakan kerja2 untuk kita...banyak sgt SGT..walaupun kita x merancang masa kita..ALLAH telah merancangnya..dah memenuhkan jadual2 masa kita...
APa lah erti weekend yg menjengah...dr pagi sampai malam di penuhi dgn pebagai aktiviti tarbiah..sesetengah nya,terpaksa ke sana dan ke sini,pening2 fikirkan apa yg perlu diisi kepada gelas2 kosong yg menanti,ternanti2 orang mengisi gelas2 kosong kita...YA ALLah ...kdg2 kita letih...letih,ingin merasai R&R,seperti orng lain...mula mengeluh..mungkin dah kena set dalam hati ini..."AKU TAK MEMPUNYAI WEEKEND''..ye memang aku x mempunyai weekend..
TAPI...TApi..kita tak perlu rasa rugi untu rasa begitu..langsung x perlu...aku bersyukur untuk merasai semuanya...kadang2 aku futur...mengeluh masa aku tak cukup,aku penat...TIPU la kalau aku tak rasa berat..namun aku sbersyukur,kerana aku sedar satu REALITI yg sepatutnya aku dan mungkin semua orang perlu sedar..."AKU LAKUKAN SEMUA INI UNTUK AKU..!!"
HAI ORANG 2 BERIMAN,BERTAKWALAH KEPADA ALLAH DAN CARILAH JALAN YG MENDEKATKAN DIR KEPADA NYA,DAN BERJIHADLAH DIJALANNYA,SUPAYA KAMU BEROLEH KEJAYAAN..(5:35)
(TIP2 untuk berjaya ni..=p...Allah yg menentukan siapa yg berjaya atau tak...tp kenalah berusaha,nasib seseorng x kan berubah,kalau kita yg x mengubahnya..selingannya=))
apa2 kita jihad...kita besusah payah...semua untuk kita...percayalah wahai hati..kerana mungkinkah kita merasai nikmat rehat kalau kita letih...mampukah kita belajar untuk menghargai masa kalau masa kita berlebih-lebihan..mungkinkah kita merasai betapa bahagia merasa dekat dgn pencipta..kalau kita tak pergi ke situ...dan MUNGKINKAH KITA DAPAT KE SYURGA,KALAU KITA HIDUP SENANGLENANG DI DUNIA..=)
tepuklah dada..tanyalah iman..kita tahu jawapannya...jawapan mudah..jawapan nya pasti!!
TAKDA SATU BENDA PUN KAT DUNIA INI FREE...(kalu nak masuk toilet pun kena bayar 20 sen)so mungkihkah masuk SYURGA itu free??TAK mungkin kan..
namun kadang2 kita pun lupa,kita alpa..kerana kita ni manusia,imannya naik dan turun..makanya selalu kena TOPUP iman kita...walaupun terasa berat kaki melangkah...walaupun hati rasa tak ikhlas...kita PERLU buat JUGA...BUAT dulu,ikhlas akan datang...macam makan,kena makan dulu baru boleh kenyang..walau sesedap manapun kalau kita dapat bau je,mana boleh kenyang kan?paham ke?hehe..=p
maka,marilah kita bermujahadah...menjadi penyeri2 jln dakwah..agar hidup kita yg berseri..JOM TERUS BERLARI...lari mencari SYURGA yg PASTI!
dan lakukannya...hari ini...saat ini.!
sesungguhnya ALLAH ,hanya pada sisi nya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat:dan DIalah yg menurunkan hujan dan mengetahui apa yg ada di dalam rahim..dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui apa yang akan diusahakan esok.Dan tiada seorang punm yg dapt mengetahui di bumi mana dia akan mati.sesungguhnya ALLAh maha mengetahui dan lagi maha mengenal...(31:34)

(dgn jihad kita mampu menyuburkan takwa..ingat ye..=p)

nangis2...(sharing)

zinnera menulis "Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya."Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam,ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita. Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetapbertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkalianak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saatdidekap dengan lembut olehnya.Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannyatulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapatdigunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati...

falah yg hakiki...


bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah..aku masih dalam nikmat NYA.. masih di beri kelapangan...(sesungguhnya islam itu bukan menyempitkan)hmm...aku bersyukur sgt...dalam tgh2 perjalanan jihad pena ni..aku terjumpa satu jawapan..


refer to my last post...aku da citer sal falah yg hakiki..tp aku sebenarnya blom pasti jalannya...but alhamdulillah...ALLAH maha mengetahui..dia tahu apa yg ku tahu...DIA juga tahu yg aku x tahu,...dan DIALAH satu2 nya yg tahu apa yg aku perlukan..

dalam surah dhuha...firmanNYA...kamu mencari jalan lalu aku tunjukkan jalan...subhanallah..bertapa benarNYA janji2 ALLAH...


malam 16 jun 2008...setelah selesai satu perjuangan pena..tibalah masa yg aku nnt2 kan...usrah tyme,..bersama sahabat2 seprjuangan...bahagia nya..x terkira...masih diberi peluang..dalm minggu exam yg agak buzy ni..hum..TAHQIQ MA'NA SHAHADATAIN'...maksudnya merealisasikan makna syahadah...bunyi nya simple..tp ia telah merungkai seribu pertayaan...


dalam surah assaf..ALLAH berfirman..'hai orng2 beriman mahukah aku tunjukan kamu satu perniagaan yg dapat menyelematkan kamu dr azab yg pedih..iaitu kamu berjihad di jalan ALLAH dgn harta dan jiwa kamu,itulah lebih baik bg kamu dan kamu mengetahuinya..."(ayat 10-11)


harta dan jiwa...maknanya...dengan segala yg kita ada yg kita mampu..ALLAH melihat usaha kita..teruskan berjihad,....chaiYOOkkk....!


hm...tiba2 je...macam lari topik sekit...tp nilah permulaannya...but de most important is...apa itu syahadah??APEyg kita ingin realisasikan....??


hmm..tiada TUHAN yg ku sembah melainkan ALLAH..dan nabi MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH...


SATU ikrar yg menjadikan kita seorang muslim..seorang islam..maka kita perlu memenuhi segala suruhanNya, supaya kita bukanlah golongan yg x berpegang pada janji...dan rugi...


ALLAH telah memberikan kita modal..untuk kita jalankan perniagaan..iaitu jiwa dan diri kita...maka kita kenalah mengunakn nya dgn betul agar kita x rugi di akhirat nnt..tp berjaya mendapt hadiah dr pembelian ALLAH..iaitu syurga yg hakiki...subhanallah...


tp apa yg hendak kita niagakan??mestilah amalan2 kita...dgn solat,zakat..baca quran...n infiniti..

semuanya...lakukan demi Nya...dan dijalanNYa..demi redhaNYA..

hanya untuk NYA....


insyaallah..kita akn beroleh kejayaan...hum..kita boleh berusaha apa sahaja..yg penting dlam redhaNYA...


DEMI MALAM APABILA MENUTUPI SIANG..

DAN SIANG APABILA TERANG BENDERANG..

DAN PENCIPTAAN LELAKI DAN PEREMPUAN..

SESUNGGUHNYA USAHA KAMU BERBEZA-BEZA..

ADAPUN ORG YG MEMBERIKAN HARTANYA DI JALAN ALLAH..

DAN MEMBENARKAN PAHALA ADLAH YG TERBAIK...

MAKA KELAK KAMI AKAN MENYEDIAKAN JALAN YG MUDAH...


(allail..1-7..)


insyaallah kita akan perolehi jln yg mudah..untuk meneruskan jihad ni...teruskan jln berpaling lagi ...jgn mengalah lagi...jgn ragu2 lagi....jgn berhenti...dan jgn sesekali berasa cukup...kerana hy orang2 yg bakhil saja yg akn merasa dirinya cukup...(mereka adalah orng yang mendustakan pahala adalah yg terbaik..>nauzubillah min zalik...


so..berusaha terus berusaha....jihad terus jihad...sbb ini puncak perjuangan kita...untuk peroleh kejayaan...=p..teruskan bekerja....(bekerjalah kamu,maka ALLAH dan rasulNYA...serta orng mukmin yg lain akan melihat pekrjaanmu itu....


so ,,on kan jihad mode...agar kita akan perolehi jalanNya..sbb kalau x dak inducer macam mana reaction nak berlaku...mulakan langkah.....!

chaiyOOk..!


subhanallah..alhamdulillah ...allahuakbar..


wallahualam...


nakbah??



6 Dekad Nakbah Palestin.
oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin PerundingAman Palestin



(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948)Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.Pencetus penubuhan negara Yahudi Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.Pemangkin pendudukan haram Yahudi di bumi Palestin British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa. Dengan angkuhnya deklarasi ini telah menidakkan hak dan aspirasi penduduk bumi Palestin yang sah yang kemudiannya telah diikuti dengan penjajahan Palestin oleh tentera British.Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.Peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah.Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri. Rakyat Palestin yang terlibat dengan isu ini tidak langsung diminta pendapat dan keizinan malahan mereka mengalami kezaliman dan penindasan yang amat dahsyat.

Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi.
Kelemahan Liga Negara ArabRakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.Tertubuhnya Israel adalah Malapetaka Palestin Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.Antara yang paling kejam ialah tragedi Deir Yassin pada 9hb April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang-orang tua, wanita dan 52 orang kanak-kanak. Petugas Palang Merah dan PBB sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak. Dalam serangan itu, wanita-wanita yang hamil telah dibelah perutnya dan dikeluarkan janin dan bayi hidup-hidup dari rahim ibunya. 52 orang kanak-kanak pula telah disiksa di depan ibu bapa mereka, lalu mereka dibunuh dan dipenggal kepalanya.Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan,”Saya melihat seorang tentera Yahudi memegang saudara saya, Saliha al Halabi yang hamil Sembilan bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Tentera tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.
Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.
Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.Enam Dekad NakbahKini 60 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :1. Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai kira-kira 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.2. Peningkatan serangan ke atas Masjid Al Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka MengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang.3. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.4. Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.5. Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.6. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.

Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini.
7. Dijangkakan seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 60 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.8. Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.Peranan masyarakat antarabangsaFakta-fakta sejarah, kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa amat memihak kepada rakyat Palestin yang berhak memiliki ketuanan dan kedaulatan di bumi mereka sediri.Rejim Zionis Israel kini mendapati bahawa mereka tidak boleh mengawal keadaan rakyat dan negara Palestin. Malahan mereka terpaksa membuat berbagai pendekatan yang keras mahupun dengan cara berkompromi untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat Palestin. Mereka menggunakan pelbagai strategi terutamanya dengan mempengaruhi sekutu kuat mereka iaitu Amerika Syarikat untuk menangai permasalahan yang terus berpanjangan.PBB dan masyarakat antarabangsa yang sentiasa memperjuangkan keadilan semestinya teguh dalam membuat pendirian dan tidak dipengaruhi oleh lobi Yahudi Zionis di dalam membuat dan melaksanakan keputusan-keputusan mereka. Kependudukan dan negara Palestin mesti dikembalikan kepada pemilik asal yang sah yang pernah mendiami bumi ini sejak sekian lama.Peranan umat IslamBumi Palestin adalah tanah yang mulia untuk seluruh umat Islam kerana di situlah letaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat, tempat berlakunya peristiwa Isra dan Mi’raj, Tanah Suci umat Islam yang ke tiga yang juga merupakan bumi para Nabi. Isu Palestin bukanlah sekadar isu untuk orang-orang Palestin atau orang-orang Arab sahaja. Bahkan isu ini adalah isu penting yang berkaitan dengan keimanan untuk semua umat Islam di seluruh dunia.Umat Islam di seluruh dunia seharusnya bersatu memperjuangkan isu Palestin yang merupakan isu induk umat Islam di abad ini. Perselisihan dan perbezaan budaya, geografi, bahasa dan bangsa sudah semestinya diketepikan demi menjayakan misi besar dalam menyelesaikan masalah ini. Negara –negara Islam perlu berani dan ikhlas membantu terutamanya dari segi kemanusiaan setelah ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa terkorban dalam krisis yang berlarutan sekian lamanya.Di MalaysiaKefahaman mengenai isu ini masih perlu diperluaskan lagi di kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai melalui penulisan di akhbar-akhbar dan majalah, ceramah-ceramah dan pameran-pameran serta media elektronik. Sumbangan kemanusiaan pula mesti dipergiatkan bagi membantu rakyat Palestin yang telah sekian lama tertindas. Tidak keterlaluan jika kita mengatakan bahawa Malaysia seharusnya menjuarai isu sejagat ini, bukan sahaja di kalangan kita bahkan di persada antarabangsa.Persoalannya, adakah kita telah berbuat sesuatu bagi meringankan beban dan kesangsaraan yang mereka alami selama ini?

semangat seorang kakak..

Sayonara Jahiliyyah
Assalamualaikum,
Banyaknya perkara yang terjadi dlm hidup seharianku, kadang2 sempat untukku selami pengajaran & tarbiyah yg Allah sediakan di sebaliknya,namun kadangkala aku terlepas pandang & ia berlalu begitu saja.Memori itu hilang ditelan masa tanpa sempat ku kutip mutiara hikmah darinya.Alangkah rugi!Bagaimanalah utk menjadikan hari ini lebih baik dari semlm,kalau tidak direnungi apakah kekurangan semlm & bagaimana memperbaikinya? Namun InsyaAllah mana2 mutiara hikmah yg sempat ku kutip sepjg jlnku itu,akan kuletakkan di sini.. dalam coretan yang kudoakan mampu menyentuh hati mereka yang mahu mengerti.
.

Maha Suci Allah yg membukakan pintu hati makhlukNya, mengangkat hijab yg selama ini menghalangi pandangan.. Siapa sangka kabut yg pernah menyelubungi & menggelapkan hati ini akan berlalu pergi? Digantikan pula dgn titis-titis keinsafan menyirami hati, membasahkannya dgn Hidayah.. meredhakan pemergian Jahiliyyah buat selama-lamanya,insyaAllah.
Aku ingin selalu berada dalam kebenaran.Ingin sentiasa di atas landasan iman.Ingin bersama-sama mereka,menjadi di kalangan tentera Allah,sebhgn dari Ansarallah,setia memperjuangkan & beriltizam dgn Ad-Deen yg mulia ini.Tetapi rupanya ia tidak semudah yg kusangka.Angan2 saja tidak cukup.Kerana sisa-sisa jahiliyyah yg pernah subur dlm diriku itu perlu dikikis bersih-bersih terlebih dulu,lempar jauh-jauh.. supaya ruang di jiwa itu lebih luas,lebih mudah utk diisi dgn sesuatu yg lebih suci & haq, yg pastinya tidak bisa bercampur dgn yg batil.Lantas ini secara automatik menuntut pengorbanan yg bukan sedikit.Namun,syurga itu memang mahal harganya,bukan?
Benarlah,iman itu bukan perhiasan,bukan juga angan-angan.Ia adalah keyakinan yg sebenar-benar dlm hati,yg dinatijahkan melalui amalan.InsyaAllah berbekalkan sejemput fikrah Islam yg mengetuk pintu hati,kumulakan hijrah itu.Mengorak langkah-langkah pertama meninggalkan zaman Jahiliyyah.Tapi aku sedar langkahku itu belum jauh,masih perlahan,masih tersekat-sekat,malah sering saja terjatuh.Tapi tak apa.Yang pasti..jgn sekali ia berhenti.Kerana jalanku masih panjang.
Sedikit demi sedikit,makin kusedari betapa alpanya diriku dulu.Bila menatap foto lama,serta-merta terbit rasa kesal & malu melihat diri sendiri. Atau bila membuka almari, terasa byknya pakaian yg hari ini takkan kukenakan lagi,sbb ia tak memenuhi tuntutan Allah buat seorg muslimah.Atau tatkala melihat simpanan lagu2 yg pernah menjadi halwa telingaku,alangkah songsangnya lirik2 itu dari kebenaran! Hanya menjaja angan2 & menghanyutkan saja. Sebenarnya bukan tak pernah dulu aku terasa Hidayah Allah mengintai-intai & merisik.. tapi hati kurang menyambutnya,mengabaikan saja bisikan iman itu & aku terus saja menjadi mangsa keadaan. Justeru hari ini aku sedih jika ada org lain yg terus ingin & terus gembira menjadi mangsa keadaan.
"Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang-orang yang ada di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikut persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta(terhadap Allah)." (6:116)
Ayuh,tinggalkan zaman Jahiliyyahmu & kita sama-sama buka era baru! Pada usia muda-17 tahun,Al-Maududi sudah mula berjuang dgn penanya dlm Akhbar di India utk membangkitkan kesedaran Islam, serta memperjuangkan kemerdekaan Pakistan. Usamah bin Zaid sudah menjadi Panglima perang yg memimpin tentera Islam seawal usia 19 tahun. Constantinople ditakluk oleh Sultan Al-Fateh semasa dia hanya 21 tahun. Pada usia yg sama, Ibnu Batuttah telah memulakan pengembaraannya menjelajah dunia. Nabi Daud pula telah menewaskan seorang general ketika hanya berumur 15 tahun! Mereka semua adalah pemuda! Tetapi telah mengubah dunia! Aku? Pd usia yg sudah 21 thn ini, baru hendak keluar dari kepompong jahiliyyah,baru mula menghayati syahadah & masih bertatih mengenal apa erti aku menganut Islam.
"Allah menganugerahkan al-hikmah(kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi al hikmah itu, ia benar benar telah dianugerahi kurnia yang banyak.Dan hanya orang orang yang berakallah yang dapat mengambil pengajaran dari ayat ayat Allah." (2:269)
Rasulullah juga pernah bersabda..
"sesiapa yang Allah hendaki kebaikan kepadanya akan diberikan kefahaman tentang deen nya..."
Sahabat-sahabatku yg dikasihi,kita akan sama-sama menyusuri jalan ini. Hidayah yg dtg itu adalah hadiah Allah untuk kita yg tak ternilai harganya!Jgnlah dinilai zaman lalu kita,cukuplah kita faham.. Biarlah rasa 'Izzah itu tumbuh subur tanpa disekat-sekat lagi... biar terasa benar-benar dlm hatimu; aku bangga dgn ad-Deen ini. Kitalah rijal-rijal yg mulai hari ini akan berdiri untuk Islam tanpa segan silu & tanpa menoleh ke belakang lagi. & moga kita istiqamah di jalanNya. InsyaAllah!


ps...kita copy yang ni ye...supaya leh baca selalu....sayang fillah..