meniti erti syukur

alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah...ungkapan yg tak lekang2 dr hatiku sejak peristiwa yg mengerikan td..kali nie dah dua kali aku berhapdapan dgn situasi yg sama,aku juga x pasti..aku nie terlalu lalaikah?sampaikan kereta yg melunjur laju d jalan pun aku x perasan...
aku x dapat byngkan,kalau lah saat itu telah tiba masa aku dijemput malaikat izrail...apakah sumbangan aku pada agama ini..apa yg telah aku lakukan dalam hidup ini...cukupkah ibadah ku...byk mana dosaku..berasak-asak menerjah kotak fikiran ku. astagfirullah..astagfirullah..panjang istighfar ku...
aku terpikir di mana yg aku bakal tinggal selepas ini,...hanya dua tempat tp keadaannya amat jauh berbeza...kalau langit dan bumi dijadikan bandingan,masih tidak cukup untuk membezakan kedua2 nya....
mahukah engkau tinggal di satu tempat yang di bawah nya ada sungai-sungai yg mengalir,ada bidadari yg cantik cantik,menginap di atas tempat-tempat yg indah,buah-buahan yg lazat,intan berlian yg berkilauan...ahh,x dpt aku bayangkan,yg pasti kalau aku boleh membuat keputusan ,sudah pasti aku mahu kesana...kerana aku takut untuk menjadi bahan-bahan api neraka...wah tinggi benar impian ku, ingin kesyurga....namun bila aku menghitung-hitung diri ini semula,adakah aku layak kesana??
yg pasti diri ini penuh dosa,masih byk karat-karat jahiliyah,iman yg senipis kulit bawang barangkali menunggu masa untuk koyak rabak...hina diri ini...aku takut untuk memikirkan hari perhitungan...disana semua amalan ku dibentang di hadapan berjuta-juta orang,..malah semua orang akan mengetahui siapa aku...
namun aku bersyukur saat ini,aku masih diberi peluang,untuk memperbaiki diri,walaupun masih merangkak menuju pepohon iman yg rendang...ingin sekali aku menumpang untuk berteduh disana....ya ALLAH teguhkan lah hatiku,bantulah aku ke sana...
aku cuba untuk menjadi yg terbaik untuk Mu ,aku mahu mengumpul mutiara-mutiara takwa untuk jadi perhiasan pabila bertemu dgnMU...namun kadang-kadang aku lalai...aku jahil dalam membuat keputusan..kadang-kadang aku terlupa untuk menjaga perkara-perkara kecil..yg bisa membuatkan mutiara-mutiaraku malap,kelam,.,,.ya ALLAh,,,jagalah aku,jadikanlah aku hambaMU yg bertakwa...aku takut saat aku sedar..yg aku sbenar begitu jauh dr golongan itu...ya ALLAh terima kasih kerana mengingatkan aku...
ya Allah..aku rela untuk mati di jalan..tp biarlah izrail menjemput aku di tgh jalan-jalan dakwah Mu,,di tgh jalan-jalan jihad MU...semoga ada sesuatu aku bawa ke sana...
ya Allah aku ingin ke syurga-syurga MU....mungkin iman aku belum cukup kuat untuk mengharapkan redhaMu semata-mata...namun ku harap suatu hari nanti..

aku ingin jadi kekasihMU...

No comments: