kerana aku seorang perempuan

salam wbt


mencari erti diri,
pabila terciptaku sbg seorang yg bernama perempuan..

sunnatullah seorang perempuan,tercipta dengan penuh kasih sayang,rasa simpati,perhatian,cinta ,semuanya bisa ku ungkapkan ..perempuan itu penuh emosi!
"perempuan itu penuh emosi"..ye,itu yg aku pelajari hari ini,sungguh,mungkin selama ini,ia hanyalah teori yg aku bentangkan,yg aku dgr dari orang lain, atau aku sendiri kadang kala mengakui nya,namun tak pernah terlintas dalam hati begitu besar sekali kesan emosithdap seorang perempuan.
sunguh,perempuan itu seindah-indah ciptaan ALLAh, yg sungguh halus walau sekeras mana perlakuannya, segirang mana perasaannya, setabah mana kesabarannya, dia tetap seorng perempuan yg dikuasai EMOSI. emosi yg memonopoli fikirin ,keputusan, kewarasan seorang perempuan....biar dia cuba logik,tetap kalah tatkala hy satu detik emosi nya tersentuh,,maka air mata akan saksi kemenangan Emosi....
lemah kah perempuan kerana emosinya??
mungkin ye ,mungkin tidak..
lemah kerna ia mmbuatkan kita hilang waras,kurang akal dan kurang rasional...menjadikan diri ini lemah dan tak berdaya...nampak keperempuan itu satu kekurangan,nampak keperempuanan itu satu bebanan
tidak kerna, emosi itu yg bisa mmbuatkan wanita itu penyayang, tabah ,sabar,simpati, cantik dan indah...

keliru aku memikirkan jawapannya,namun satu yg kupasti Tuhanku menciptakn aku sebaik2 penciptaan...dan kerna perempuan itu penuh emosi,aku bersyukur terpilih menjadi perempuan yg beremosi...x salah untuk menjadikan kekurangan sebg satu kelebihan,drpd menjadikan kelebihan satu kekurangan!


wanita itu kurang akalnya...

Arti hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam : “Belum pernah saya melihat wanita kurang akalnya dan agamanya yang lebih mampu mengalahkan laki-laki berakal yang kuat daripada seorang di antara kalian”.

Dikatakan kepada beliau, “Wahai Rasulullah, apa kekurangan akalnya?” beliau menjawab.

“Bukankah persaksian dua orang wanita senilai dengan persaksian seorang lelaki?”.

Dikatakan kepada beliau, “Wahai Rasulullah, apa kekurangan agamanya ?” Beliau menjawab.

“Bukankah apabila sedang haidh mereka tidak melaksanakan shalat dan puasa?”


tetapi perempuan itu kaya dgn emosinya,...maka layanlah wanita sebaik2nya..kerana kita berinteraksi dgn sesuatu yg sgt halus dan lembut ...=)




No comments: