asing

merindui laut Mu~
asing,
detikan jarum di dada jam,
sedetik demi sedetik
memecah kesunyian
di celah bongkah batu
yang kaku
kian hari kian beku!!

Asing,
sungguh ,
aku terasa asing
di dunia ,
yg dulunya seperti milik ku,
sayang ,
tanah ini, bumi ini,
langit ini masih sama.

tp rasanya jauh berbeza,
kedamaian seolah di ragut,
masa lalu,
aku  merasa,
esok masihkah ada??

asing ,
kerana hati yg dulunya  bersatu
saat ini ,
ku rasa jauh berbatu-batu,
walau dekat,
tak dapat ku lihat,
jauh lagi untuk merasa.
tembok batu yg kita cipta.
terlalu kukuh terbina!

Asing ,
kebekuan terus mencengkam.
kedingingan kian menyiksakan,
haruskah perlu...terus membunuh rasa,
sedangkan,..
cinta ini masih dapat ku rasa,
aku yakin,
kasih sayang mampu meleburkan segalanya~
ya tuhan, hilangkan keasingan ini!!
satukanlah ia, seperti mana Kau,
menyatukan hujan mengjadi laut ,
yang luas dan tenang~
amin...


No comments: