merdeka,kebebasan, keamanan


assalamualaikum...wbt,

alhamdulillah,hari nie kita masih diberi nikmat untuk hidup kat dunia yg fana ini...

sebelum memulakan bicara,mari lah kita fikir apakah maksud merdeka pada kita?

mungkin ada pelbagai skima jawapan,atau ada yg masih blur lae apakah erti sebenarnya merdeka...

aku percaya ramai yg menyamakan merdeka dengan kebebasan,namun ia membuatkan aku berfikir 2 kali...dalam kehidupan ini..benarkah ada kebebasan??

bebas dalam bentuk apa??kehidupan tanpa penjajah...xla jugak. Cuba kita tgk remaja sekarang,hidup mereka dijajah dgn pelbagai budaya penjajah...x habis dgn pelbagai trend dr dunia2 penjajah...tak kisah lah dr barat mahupun timur.

mungkin kita boleh katakan kita bebas dr segi pemikiran. Sejauh manakah kebebasan pemikiran kita??kita masih terikat dgn gaya2 pemikiran tipikal kita...yng menjajah pemikiran orang2 kita,,.yg kononnya ingin mengejar kemajuan...majukah kita??sekiranya setiap hari kita hy memikirkan kejayaan orng lain dan berniat menjatuhkannya..kerna dengki...majukah kita,sekiranya hari ini,kita melihat kejayaan orng lain dan ingin mengejar kjayaan yg sama tetapi kita mahu segalanya dtng bergolek.. dan mampukah kita maju,dgn hanya mencari kesalahan orang lain dan terus saling menjatuhkan...kalau ini yg kitakan kebebasan kita berfikir...maka kita akan terus busuk dalam dunia kita sendiri...

mungkin kita ada satu kebebasan...kebebasan menghayati dunia...tp kdg2 terlalu byk rintangan,contohnya wang dan masa...wang yg menjadi sumber utama untuk manusia mencari kebahagiaan dalam dunia...kalau wang dijadikan sandran..bukankah kita dijajah oleh wang??fikir2 kan...

adakah ini kemerdekaan kita...atau kemerdekaan kita hanyalah perkongsian erti dgn kemerdekaan negara yang makin suram aku rasakan tahun ini...tak semeriah dulu..kerana semangat kebebasan telah hilang...kerana selama ini..hy negara yang maju dan merdeka,..tp kita makin dijajah setiap detik...

mari kita pikirkan kemerdekaan dalm ruang yg lebih kecil...kemerdekaan dalam erti kebebasan,

seorang pelajar...yg memerdekakan diri nya di sekolah..bebas tanpa undang2 sekolah,di rumah x ada ibu bapa yang menyekat kebebasanya..lakukan apa sahaja...dalam erti kata kebebasan...mempunyai ramai kawan,dan boleh melakukan apa2 sahaja yg diinginkan...tiada masalah kewangan..hidup dlm kebahagian....

best kan hidup macam nie...tp cuba bayangkan,apa yg akan terjadi dalam kehidupannya satu hari nanti...masa depannya...adakah akan secerah mentari? kita semua pasti dapat mengagak kesudahan kehidupannya...x pusat serenti..sekolah jahat..

hmm..sbb dalam setiap kesmpurnaan mesti ada kekurangan...bg aku lae bebas hidup ini lagi tidak aman kehidupan...manusia menjadikan undang2 sebagai aturan untuk hidup lebih senang di kendalikan..meletakan limit2 kehidupan agar x menyimpang ke jalan yg salah...

kebebasan sebenarnya membawa pelbagai bencana ...kerana kita salah menggunakan kebebasan,kita gunakan kebebasan untuk dijadikan alasan untuk kita bebas bekerjaya..x kisahlah hasilnya halal atau haram, kita gunakan kebebasan sebagai alasan untuk bebas bergaya..x kisahlah walaupun ia mendedahkan aurat,asalkan ikut trend masakini..kita gunakan kebebasan untuk capai kemerdekaan,tanpa kita sedar...dalam hidup ini tiada kebebasan,kerana kita sentiasa perlu mengikut aturan2 ALLAh...kerana DIA telah menjadikan undang2 untuk kita patuhi...kerana DIA tahu itu yng terbaik untuk kita...bagi aku...dlam kehidupan ini..kita x perlu mencari kebebasan kerana ia x wujud...tp kita ada pilihan dalam hidup...walaupun kita telah ada qadar dan jalan cerita kehidupan yg telah ditetapkan ..tp tiada siapa tahu apakah ketentuanNYa untuk kita...oleh itu kita teruskan hidup dan terus membuatpilihan...mungkin kita bebas

membuat pilihan...tp semuanya pilihan perlu mengikut undang2NYa...dan dalam benteng2 keimanan...maka bebaskah kita???

tp bg aku (yng mungkin memikirkan perkara ini secara tipikal pemikiran aku sendiri)...kebebasan tak membawa keamanan dalam kehidupan...kerana sebebas manapun kehidupan seseorang ,kita tetap terikat pada NYA..dan hy denganNYA..kita akan perolehi keamanan dan ketenangan..

oleh itu,dalam bulan2 kemerdekaan ini,marilah kita pikirkan sejauh manakah kemerdekaan kita...sekiranya masyarakatnya seakan membuang jauh pencipta dan pemberi kemerdekaan ini?

amankah kita dalam kemerdekaan ini?..renung2kan..

No comments: