aku manusia biasa...

dengan nama ALLAH yg memiliki hati2 manusia..
alhamdulillah kerana hari ini..jari2 masih sempat bicara...setelah ia menyepi,kerana kesempitan ruang dan peluang..usahlah dikenang lagi waktu2 yg telah berlalu kerana detik2 seterusnya lebih bermakna untuk di hargai....
setelah 2 bulan bercuti,bersama keluarga tercinta,di tanah air yg ku rindui..membuatkan hati ini sentiasa tersenyum,walaupun kekadang menangis hiba...kerana hidup ini bukanlah selalu nya indah.
dan kini bermulalah kehidupan aku di bumi nizhny ,walaupun sebenarnya dah hampir seminggu...hum..byk rintangan yg perlu diatasi,walaupun ujian ku bukanlh seberat sesetengah sahabat2ku..mungkin,bukan mungkin namun aku pasti DIA tahu siapa aku dan apa kemampuan ku...yA ALLAh kalau tiba waktu bg aku,berilah aku kekuatan dan ketabahan,hy kepada Mu aku berharap dan bertawakal...
kehidupan ini x pernah sunyi dengan ujian dan cabaran...gembira dan sedih,kaya dan miskin,dicintai dan dibenci,mempunyai dan kehilangan ,semuanya ujian dr ILAHI...ujian yg mengjar kita erti kesabaran,erti pengorbanan,erti mencintai,erti kehidupan yg x mungkin kita boleh pelajari di akademi2 ataupun universiti2..kerana nilai2 kehidupan semuanya perlu kita kutip sepanjang perjalanan kehidupan...

aku juga manusia biasa...

yg hatinya goyah,
yg imannya naik dan turun..
kekadang rapuh dan patah,

aku manusia biasa,
seribu kekurangan,
yg masa lalunya x seindah pelangi,
hidup dalam kebahagian yg ku cipta ,
yg semuanya palsu..
aku manusia pelupa,
tp aku x mampu melupakan manusia yg berada di hatiku,
walaupun kekadang dia hilang,
namun bukan mudah untuk aku hilangkan,
aku manusia biasa,
yg x mungkin bisa menilai insan lain,
kerana aku gagal untuk menilai diriku sendiri,
kadang2 aku terasa aku kuat untuk menghadapi kenyataan,
tp aku selalu tewas .
aku manusia yg ingin hidup dalam ketenangan,
namun aku selalunya lupa ketenangan hy pabila,
mengingatiNYa ..dan MencintaiNya...
aku manusia yang hatinya,
mudah berubah,
kdng2 menemui kebenaran,
kdg2 sesat dalam kejahilan...
aku manusia biasa,
yg ingin teruskan kehidupan,
wahai insan kasihanilah hatiku...
jgn kau taburkan lagi benih2 kejahilan dalam dasar hati ini..
kerana aku tak kuat untuk membuangnya sekali lagi..
aku manusia biasa,
yg ingin aku teruskan hidup ini,
di jalan yg mmpu aku kutip cebisan2 takwa.,
agar hatiku tabah dengan Nya..
aku manusia biasa,
<:AtomicElement>yg aku harap keredhaan di penghujung jalan kehidupan...

4 comments:

atam said...

kite manusia biase,yg punye hati,perasaan...tapi biarlah ketepikan semua ni demi mengejar keredhaanNya.cewah!!heheh

Anonymous said...

farah, I got over my feeling.
aku yakin hg pon boleh.
u r tougher than me

SOfiYYah said...

sory if i make things worst forr u.

aRa_HaNi said...

hum..to sofiyyah...x pe..ko penydar aku...tq