dengan nama ALLAH yg maha penyayang...

alhamdulillah..alhamdulillah..marilah kita bersyukur,lagi dan lagi...

minggu yg penuh ujian...pada hari2 terakhir ramadhan,yg kian hilang...berlalu meninggalkan kita..yg beramal maka beruntunglah mereka,yg alpa??amatlah rugilah kita...hum..mungkin aku dalam golongan kedua..masih byk perkara yg aku belum selesaikan dalam bulan yg mulia ini..belum cukup aku mengutip hikwah dan cebisan2 takwa...untuk menjadikan aku golongan yg beruntung...ya ALLAH...walaupun ramadhan ini,hampir berlalu...ku harapkan masih ada peluang untuk aku memanfaatkan masa yg ada,...kerana mungkin tiada lagi ramadhan buat aku..

APAKAH MANUSIA ITU MENYANGKA BAHAWA MEREKA DIBIARKAN (SAHAJA) MENGATAKAN...'MEREKA TELAH BERIMAN '.....SEDANGKAN MEREKA TIDAK DIUJI LAGI...(29;2)

oleh kerana itu, aku lah sepatutnya menjadi orng bersyukur,benar2 bersyukur,kerana berpeluang merasai ujian yg benar2 mengajar aku erti kesabaran dan aku berpeluang untuk menilai semula keimanan dan kepercayaan aku..
ALLAH menguji kita bukan untuk merasakan ALLAH tak lagi menyayangi kita...ALLAH memberi kita kesusahan...bukan kerana Dia membenci kita..mungkin kadang2 kita merasakan tidak adil untuk kita untuk menerima semua ini,,,sehinggakan kdng2 kita tertanya-tanya ..Apakah dosa kita??
untuk aku,aku tak ada jawapan untuk soalan ini..kerana terlalu banyak dosa aku telah lakukan,terlalu byk...dulu aku selalu merasakn yg ALLAH telah meninggalakn aku,sehinggalah aku benar2 tersedar yg akulah yg meninggalkannya selalu..

TUHANMU TIDAK MENINGGALKAN MU...DAN TIADA PULA MEMBENCIMU..(93;3)

apa lagi yg perlu aku buktikan pada perasaan ini..pada hati ini,kalam2 ALLAH itukan maha benar..dan tak mungkin aku dapat menipu diri aku lagi...tp sayang..bukan aku seorang sahaja yg sedar akan kasih sayang ALLAH terhadap diri kita,namun..teori tetap akan tetap sebagai teori..selagi kita benar2 memasukkan kalam2 ini di dasar hati...percayalah.. walaupun hy satu ujian yg maha kecil,kita akn lupa dan berputus asa..

namun,kerana ALLAH itu maha mengetahui,maha mendengar,di saat kita lupa,DIA tidak pernah melupakan kita..dan pertolongan nya pasti tiba...

bg aku,terlalu besar pertolongan ALLAH buat aku,terlalu besar pengajaran yg aku pelajari dalam menghadapi hari2 yg sukar buat aku..

mungkin aku tak dapat berkongsi cerita disebaliknya...tapi aku ingin sekali menyatakan hikmahnya...

wahai sahabat2ku...
bertapa besar nilai ukhwah kita..
bertapa berharganya kamu di hati aku..
bertapa bermaknanya kehadiran kamu dalam hidup aku..
aku harap ukhwah kita berkekalan sehingga akhirnya..
dan biarlah semuanya kerana ALLAH,

kadang2 hati kita terluka ,
tanpa kita menyedari ada lagi hati yg lebih terluka,
kadang2 kita kecewa,
kerna hati ini tak difahami..
sampaikan kita lupa untuk memahami..
kadang2 kita tertanya-tanya..
kenapa asyik aku yg mengalah dan menberi,
sedangkan kita lupa ada insan yg byk berkorban..

wahai sahabat2 ku..
terlalu sukar untuk kita memahami.
untuk kita menajaga.
setiap perasaan...
namun ,kadang2 biarlah melukai hati sendiri,
dari melukai hati2 lain..
kerana itu lebih menyakitkan..

sahabat2ku..
terlalu byk keindahan dalam ukhwah kita,
walau kadang2 kepahitan terasa,
bersabarlah..
dan kutiplah mutiara-mutiara hikmah,
dan hiasilah tali2 ukhwah kita..

>>>sayang fillah..
dr seorang sahabat yg tidak sempurna...

1 comment:

Anonymous said...

moga ukhuwah ini kekal..
aku mohon andai hati kamu pernah terluka dek kerana kelalaian hati ini, maka tegurlah ia~=)
serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada...