ruang kehidupan

sempit ataupun luas...ia tetap ruang-ruang kita...



alhamdulillah...hari ini kita masih bernafas..
jantung masih berdegup,masih melihat mentari bersinar..
masih boleh mendengar bunyi-bunyi alam semesta...
bersyukur..bersukurlah
dan berfikir tentang alam....
merasa kehadiranNYA,
membuatkan hati ini tenang...

dalam perjalanan hidup ini,kadang-kadang ,kita terasa bertapa sempit ruang-ruang kehidupan yang kita ada,terpaksa kita berperang dengan masa yang pantas berlari,malam dan siang yg silih berganti tanpa henti,terpaksa mengejar darjat-darjat dunia supaya tidak ketinggalan..belajar mengenai kehidupan,siang malam berfikir manusia supaya memahami hati-hati mereka...dan puas kita berlari,berlari dan berlari,.....terus berlari agar kita tidak ketinggalan...
hahhh...akhirnya....keletihan,dunia seakan gelap...tak mampu lagi kita teruskan...perjalanan ini
terlalu jauh...dan di setiap langkah hidup ini,mendambakan terlalu banyak tenaga untuk dikorbankan....

namun,bila langkah seakan terhentikan...kita sedar...mereka tetap meninggalkan kita..malah semakin jauh...jauh,dan jauh...
jadi mengapa perlu kita berhenti,berputus asa,..sedangkan ruang-ruang kehidupan ini masih berbaki...sedangkan siput dalam batu pun hidup..inikan pula manusia....
ujian yg tak seberapa...ujian dunia belaka,bergelumang dgn buku,bukan kita seorang,masa x cukup,bukan masalah kita seorang...penat letih dan tak berdaya..ramai yg merasainya...
namun,akhirnya mereka tetap berjaya...tetap terus hidup...tetap terus melangkah...

wahai hati...tabahlah...
lapangkan dada..kerana disitu ada penyelesaian..
bersyukurlah dgn setiap yg kita ada...kerana disitu ada kepuasan...
teruskan melangkah menuju jalan tuhan...kerana pengakirannya ada kemenangan...

bukankah kami yang melapangkan dada untuk mu??
dan kami telah menghilangkan drpdmu bebanmu.
yg memberatkan tanggunganmu?
dan kami tinggikan bagimu sebutan namamu..
KERANA SESUDAH KESUSAHAN ITU ADA KEMUDAHAN..
KERANA SESUDAH KESUSAHAN ITU ADA KEMUDAHAN..
maka apabila kamu telah selesai(sesuatu),kerjakanlah dgn sungguh-sungguh urusan yg lain,
dan hanya pada Tuhanmu lah hendaknya kamu berharap...

setiap ujian penuh hikmah..
setiap masalah ada penyelesaian..
setiap derita ada kebahagian..
ku berharap esok akan ada sinar baru,
dan ruang-ruang kehidupan ini lebih luas..
bersabarlah...ada sesuatu yg lebih istimewa menanti..

dan ALLah tidak menjadikannya(mengirim bala bantuan itu),melainkan sbg khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya.Dan kemenangan itu hanyalah milik ALLAh...sesungghuhnya ALLAH maha perkasa lagi maha bijaksana..
(8:10)


jom terus berlari...=p








1 comment:

Anonymous said...

moga terus thabat di atas jalan ini..
bawa aku berlari bersama kamu menuju ke satu destinasi yg kekal abadi..
syurga yg menjadi impian setiap hati..