terpana..


salam wbt..


demi langit dan bumi..
demi matahari dan bulan...
ALLAh yg maha besar ...yg mencipta sekelian alam...


sepi kata tanpa pena,
sepi jua hatiku tanpa rasa..


doa yg ku titip saban hari,
mengharapkan syurgaNYA..
supaya hati tetap dijalannya.
namun tekadkah doaku..
atau sekadar bicara,
yg sudah terbiasa..
tp kuharap semuanya bukan sia2..
kerana aku takut akan neraka..

ya RABBi...
aku pohon hidayah buat diri yg tertanya-tanya..
buat diri yg tercari-cari cahya..

Pada suatu hari Ibrahim bin Adam,seorang ahli zuhud,masuk pasar basrah.Maka orang-orang di sekitarnya melihat ke arahnya seraya berkata:

'wahai Ibrahim,bagaimana dgn kami yg doa kami tidak dimakbulkan?'

Ibrahim bin Adam menjawab:
'kerana hatimu semua mati kerana beberapa hal.'
'apa itu?'tanya salah seorang di antara mereka.
dia menjawab:

'kamu mengenal ALLAh tetapi tidak mentaatiNya.Kamu mengenal rasulullah saw ttp tidak mengikut sunnahnya.Kamu mengenal ALquran tetapi tidak mengamalkannya.KAmu memakan nikmat ALLAH tetapi tidak mensyukurinya.Kamu mengenal syurga tetapi tidak mencarinya,iaitu dgn amal2 soleh..Kamu mengenal neraka tetapi tidak menghindarinya,iaitu dgn meninggalkan kederhakaan dan dosa.Kamu mengenal syaitan ttp tidak memusuhinya dan justeru menyerupainya.Kamu mengenal mati tetapi tidak bersiap-siap menghadapinya.Kamu menguburkan orang-orang yg meninggal tetapi tidak mengambil pelajaran dari mereka.Kamu tidak mahu tidur tetapi justeru sibuk menyebar aib orang dan sendiri melupakan aibmu'



kita sering mendambakan surga,
namun amalan tidak seberapa,
tp dgn kudrat yg ada,
moga kita berusaha..
mungkin tak dapat jadi yg sempurna..
biarlah ALLAH yg menilainya...


wallahualam.

sepi aku tanpa bicara..


4 comments:

Anonymous said...

salam,,
dush2,,kne kat dri sendiri,,
slalu lpe diri,,
bukan nye x tau surga,neraka,syaitan,,hari qiamat tu ape,,slalu ad je orang ingtkan,tapi,,,,,
ya Allah bantulah hamba mu ini untuk slalu mengingati Mu

Anonymous said...

Thanks farah!

wayfarer said...

"Ya Muqallibal qulub, thabbit qulubana 'ala deenik wa 'ala ta'atik."

Wahai Tuhan Yang Membolak Balikkan hati, tetapkanlah kami di dalam Ad-DeenMu dan di dalam mentaatiMu.

Bukalah jendalamu kepada hidayahNya..~

aRa_HaNi said...

to farah:ameen2..
to nurul..sama2...
to izzah:sama2la kita mengingati ..iA ,ALLah akan mmbuka peluang dan ruang,..=P