buat abang

salam wbt..

sajak buat abang..
semoga berjaya pertandingan nnt,,,
akak doakan =)

Bismillahirahmanirrahim..

Dadah…
Ah ..dadah lagi…
Sampai bila perlu kita bicarakan…
Dr dulu sampai sekarang,,
Tak sudah-sudah masalah dadah….

Wajah-wajah anak bangsa.. terpampang di dada-dada akhbar,.
Di kaca-kaca televisyen
Mereka popular ..popular kerana najis dadah..
Tubuhnya kurus kering,baju compang-camping.rambut kusut –masai..
Sedih…sedih ,seperti aku mahu menangis…..
TAPi..UNTUK APA AKU MENANGIs..?
Kasihan kan mereka..TIDAK..TIDAK SAMA sekali!
Aku kasihankan nasib bangsa..aku sedih memikirkan agama..
Maruah tercalar dan tidak berharga…

Dadah..ia tidak berdosa…tidak salah kewujudannya..
Malah sgt-sgt berguna…
Sebagai penawar jutaan penyakit..
Ramai yg bergantung padanya..
Untuk terus berjuang untuk hidup..dan merasai nikmat2 tuhanNYa..
TAPI ..mengapa harus disalah guna..?
Kurang pendidikan?
Malah akal dicipta sempurna..
Penagih bukan semuanya golongan bawahan,,
Malahan ada dr golongan korporat dan berjawatan..
Tapi mengapa harus disalah guna?kurang kasih sayang?
Ahh..tuhan kan maha penyayang..
Ibu dan ayah tak habis-habis beri perhatian..
Mengapa perlu cari alasan?
Tatkala anda tidak punya alasan..
Untuk rosakan tubuh sendiri,
Untuk musnahkan masa depan sendiri..
Untuk calarkan maruah sendiri..

Cukuplah! Cukuplah !
Kita perlu bangun..kita perlu buang najis dadah ..

‘’Kawan..jika kau tersalah langkah..
Pulanglah ke pangkal jalan..kau masih punya harapan..
Aku tak mahu melihat kau mati di jalanan.’’
‘’kawan…jika kau masih selamat..
Mari kita teruskan perjuangan..pegang tanganku,,
Kita generasi masa depan..jgn biarkan dadah kuasai jiwa kita!’’

Ayuh kawanku..
Aku sedih melihat si penagih..
Aku takut jadi seperti mereka..
Ayuh kawan,
Kita perlu bangun…
Kita ada wawasan
cita-cita kita setinggi langit..
Mahu jd doctor..untuk selamatkan byk nyawa..
Mahu jadi jurutera..mahu bina bangunan setinggi awan.
Mahu jadi angkasawan..mahu meneroka bintang2.
Kita mahu kuasai dunia,
Kita mahu menjadi masyarakt madani
Mahu jadi bangsa berjaya,negara ternama


Kawanku..
Bebaskan diri daripada dadah.
Jgn dibelenggu dadah..
Aku benci dadah..
KITA BENCI DADAH!

readers...doakan jugak ye..kalau ada nak tambah pape bg komen nye..
komen anda dihargai..

No comments: