mencontenglah dgn indah

salam wbt,..
alhamdulillah masih diberi nikmat untuk hidup dan bernafas sbg hamba ALLAH  SWT

hari berlalu dgn begitu pantas, seolah angin yang kurasai sebentar tadi dan ia hilang bgtu saja..dan aku melihat aku yang masih sama,,,bahkan mungkin kurang dari itu



seorang insan berkata, hidup ini cuma ada 3 hari ..
hari semalam
hari ini
dan hari esok,

hari semalam ,,sudah berlalu...biar baik ataupun seburuk mana ,,,ia adalah satu sejarah yang x kan berubah ,,walaupun ingin sgt2 kita ubah..ia adalah peristiwa yang tetap,,yang telah terjadi dan telah tercatat dalam buku amalan kita,,
usah menyesali apa yang sudah berlaku ttp cubalah memperbaikinya HARI INI
usah berbangga dgn kebaikan semalam...kerana ia harus dipertingkatkan HARI INI.
semalam ada sejarah
sejarah yang akan tinggal kenangan dan dijadikan sempadan

HARI INI..
saat ini,,detik ini...nafas yang dihembus, jantung yang berdegup saat ini..
harus aku hargai.
harus aku perbaiki
harus aku gunakan sebaiknya...kerna aku x ingin menyesal kiranya ia berlalu sia2
sudah cukup masa itu terbuang tanpa nilai ,,sedangkan setiap saat itu adalah KEHIDUPAn..

hari ESOK.
esok  insha ALLAH,,
jikalau nafas ini masih kuhela,
jantung ini masi berdegup..
mungkin dr tingkap ini,,,masih lagi dpt ku lihat lampu neon jalan ini..
masih lagi aku akan berdiri di bus stop menyusun langkah menuntut ilmu TUHAN ku..

inshaALLAH..
aku akan melakar hari esok lebih baik dr hari ini..
kerana dalam hidup ini...kita adalah pelukis masa depan kita,,kita adalah director di pentas lakonan kita,,kita adalah penuls novel kisah hidup ini....
CONTENGlah dgn INDAH
arahlah kearah kebaikan
tulislah pengakhiran yang BAHGIA...

merancang untuk hidup yang terbaik dan sempurna..
kerana kiranya KANVAS hidup ini kosong...maka ia x kan menjadi sebuah contengan yang indah..

contengah ...bayangan hidup dalam redhaNYA..
agar,,kahirnya,,,kita di syurga,,

kita merancang,,,namun ALLah juga merancang....
inshaALLAH ,,,ALLAH akan menberi yang terbaik untuk hambanya yang meminta...

wallahualam.

No comments: