paksa rela

salam wbt.

aku melihat mereka ,
tabah melangkah, 
senyum merekah,
mata memerah , 
mendah telinga mendengar madah.
bukan untuk seketika,
tapi bertahun lamanya.


aku menilai,..
senyum itu mungkin dibuat-buat
mata memerah itu berair ,
menjegil jugak bertahan dr tidur.
telinga itu menadah ,,
tp mungkin keluar ke sebelah

aku melihat mereka,
menjadi dewasa, 
dr budak hingusan 
sekarang jaguhan sudah.
dulu tgn menadah
sekarang mahu lari spt tak cukup tanah.

aku menilai.
mungkin mereka juga sudah bosan.
waktu byk tergadai sudah,
tp tiada yang berubah..

aku merasa,
jika aku,
 sudah lama aku pergi..
sudah tidak sudi buat apa menanti.

namun aku pelik,,
mengapa mereka masih ,
menyusun langkah ,
datang ke usrah,
bukankah tidak sudi.
terpaksa ..
tp masih datang bergadai masa,,
kan bagus bersuka ria.
tidur segala.
untk apa datang mendengar bebelan si naqibah.
" biar terpaksa ,saya rela"
entah mengapa..
tp sedarkah antumna..
biar terpaksa ,tetap melangkah,
biar terseksa ttp menadah.
biarlah...

sedarkah??
itu tanda kamu IKHLAS
itu tanda ALLAh  masih sudi memberi..
masih sudi memilih ,
untuk diberi cinta HAKIKI..
mungkin satu hari...
paksa itu menjadi harga,
membeli tiket ke surga...

makanya,.
berbahgialah dgn rahmat ini..
berbahgialah dgn anugerah ini...:)







No comments: